Monday, 14 March 2011

Sajak Tiada Lagi Cinta

Sebuah persuratan cinta
yang terbina sekian lama
dahulunya cuma retak segaris
bagai urat pada daunnya
kini.. waktu sudah berjaya
menutup rasa
menipi jiwa
membiarkan retak menjadi rekah

Sebuah gambaran cinta awal
aku diperlukan ibarat
memberi air nyawa
yang bisa mandirikan mereka
dengan kasih yang bersih

Sebuah pengorbanan
tidak pernah kulakarkan untuk tuntutan
aku sebenarnya sudah siaga berdiri
bersedia menerima apa sahaja
yang termaktub
aku bukan menidakkan hakikat
cuma aku tahu
pangkal dan hujung sebuah erti percintaan

Apa yang aku kesalkan
kenapa pengakhiran sebuah
episod cinta
selalunya berakhir dengan
kecurangan…
apakah kita perlu meneliti pengertiannya
walaupun aku sudah biasa
menempuh makna itu
dengan mata dan jasad
sebenar.

No comments:

Post a Comment